USD/JPY Bakal Digoncangkan Oleh Mesyuarat Polisi BOJ

175

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY pada Jumaat lalu menunjukkan corak penurunan semula apabila kenaikan pada hari sebelumnya gagal dikekalkan.

Adakah Yen sudah kembali mengukuh semula berbanding US dolar dalam pasaran?

Walaupun mengakhiri dagangan penghujung minggu lalu dengan suram, namun penganalisis masih berpendapat potensi yang positif untuk US dolar mengukuh pada minggu ini setelah menghadam komen hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC.

Sementara Yen bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada Selasa esok.

Dijangka untuk melemah, BOJ berkemungkinan besar untuk mengulangi pendirian dasar monetari mereka yang longgar dan kadar faedah juga diramalkan kekal pada -0.10%.

Pelabur juga akan memantau sentimen pasaran kewangan di awal minggu ini yang boleh mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang safe-haven tersebut.

Memulakan dagangan minggu ini dengan isyarat dovish, harga pada carta USD/JPY berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut berlegar di sekitar 136.00.

Paras sokongan pada 135.00 dilihat bakal diuji jika penurunan diteruskan setelah zon tersebut berjaya menahan penurunan lebih rendah pada minggu lalu.

Namun, jika harga tetap tembus zon tersebut, penurunan lanjut harga dilihat akan ke sekitar 133.700 sebelum menuju zon tumpuan pada 132.00.

Sebaliknya, jika berlaku lonjakan semula harga, rintangan yang bakal ditempuh adalah pada paras 137.00 dan halangan MA50.

Setelah meneliti perubahan trend bullish, pelabur seterusnya akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi ke paras sasaran terdahulu iaitu sekitar 139.300.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat