USD/JPY Bergerak Mendatar, Pelabur Nantikan Isyarat Arah Pergerakan Lebih Jelas

665

Sentimen pasaran yang berisiko pada minggu ini menjadikan matawang safe-haven seperti US dolar dan Yen menjadi tumpuan para pelabur.

Sebelum ini, keyakinan pelabur meningkat dengan statistik pandemic COVID-19 yang semakin perlahan di samping beberapa negara telah melaksanakan langkah pembukaan semula aktiviti ekonomi.

Namun, penghujung minggu lalu dirisikokan dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan China atas dakwaan China gagal menunaikan pembelian barangan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Di samping itu juga, isu tuduhan penularan wabak Coronavirus yang bermula dari makmal di Wuhan kembali dibangkitkan dengan dakwaan Amerika mempunyai bukti kukuh terhadap tuduhan tersebut.

Matawang Yen dijangka akan mengukuh pada minggu ini mengatasi US dolar berikutan kebimbangan pelabur menjelang data pekerjaan NFP A.S yang dijangka merosot berdasarkan data tuntutan pengangguran pada beberapa minggu ini dengan angka yang tinggi.

Berdasarkan pergerakan harga pada carta pasangan USD/JPY, harga menunjukkan kenaikan pada dagangan semalam menguji paras tumpuan pada 107.000.

Namun harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar 106.700.

Memulakan dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga pada awalnya membuat penurunan lebih rendah mencecah 106.500 sebelum kembali membuat kenaikan semula sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Harga menguji paras halangan dinamik MA50 dengan pengukuhan US dolar yang dipamerkan pada awal sesi Eropah bermula.

Jika kenaikan diteruskan, harga bakal menguji semula paras 107.00 yang merupakan zon SBR (support become resistance). Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon RBS seterusnya sekitar 107.300.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras terendah harian yang di yang dicecah pada awal sesi Asia pagi ini akan ditembusi sebelum harga turun lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menguji semula zon support pada paras 106.400 yang diturut diuji pada penghujung April namun gagal ditembusi harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat