USD/JPY Bertukar Trend, Data NFP Jadi Penentu Segalanya!

324

Pelabur menyaksikan perubahan corak harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY pada minggu ini yang dilihat gagal meneruskan trend bullish sebelumnya.

Jika diperhatikan pada dagangan beberapa minggu sebelumnya, kenaikan harga telah bermula sejak sekitar 12 Mei lalu sehingga berjaya mencapai ketinggian 140.900 di awal minggu ini.

Paras tersebut adalah yang paling tinggi tahun ini dan tertinggi sejak November 2022 lalu.

Penyusutan yang berlaku ke atas US dolar pada minggu dilihat dipengaruhi oleh beberapa faktor selepas tumpuan terhadap perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) mulai reda.

Tumpuan yang beralih semula kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) turut memberi perhatian kepada data ekonomi penting yang diterbitkan minggu ini, terutamanya data pekerjaan NFP AS.

Beberapa pegawai Fed yang berpandangan bahawa kenaikan kadar perlu dihentikan seketika menjadi pendorong pergerakan lemah US dolar buat masa ini.

Jika bacaan data NFP merosot, akan menguatkan lagi jangkaan bahawa pengetatan dasar monetari semakin menjauh daripada menjadi pilihan.

Secara teknikal, pergerakan harga juga dilihat beredar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut yang menunjukkan isyarat bearish.

Penurunan yang berlaku semalam telah melepasi paras 139.00 dan menyambung dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat), harga kekal perlahan di sekitar tersebut.

Pergerakan selanjutnya akan bergantung pada reaksi pasaran terhadap data NFP yang akan diterbitkan sebentar lagi.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan bakal menuju zon 137.00 yang boleh menjadi ‘pit stop’ atau zon sokongan sementara harga.

Jika tembus lebih rendah, sasaran adalah untuk menuju pula zon 135.00.

Sebaliknya, jika berlaku lonjakan selepas data diterbitkan, harga berkemungkinan mampu mencapai semula ketinggian awal minggu lalu.

Atau lebih tinggi melepasinya, rekod tertinggi tahun ini akan dicatatkan lagi dengan sasaran untuk menuju 142.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat