USD/JPY Capai Paras Ketinggian Terbaru Lagi, Jauh Mana Lagi Harga Nak Naik?

425

Sentimen rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dilihat masih kekal optimis dengan kerjasama oleh kedua-dua belah pihak pada masa ini. Rundingan yang positif telah memulihkan sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini dengan dagangan safe-haven seperti emas dan matawang Yen Jepun terus menyusut.

Kementerian Luar China menyatakan bahawa China akan mempercepatkan pembelian produk pertanian dari Amerika, menambah lagi kedua-dua negara adalah sependapat untuk objektif mencapai kesepakatan perjanjian perdagangan. Kenyataan tersebut terus melonjakkan sentimen positif pasaran semasa membuatkan pelabur beralih ke arah aset berisiko semula.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah melonjak pada sesi pasaran New York semalam mencapai paras tertinggi tiga bulan selepas melepasi zon resistance pada 108.500.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian pada 108.900 sebelum harga kembali bergerak perlahan dan menurun sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini.

Kenaikan harga lebih tinggi dijangka menguji paras resistance pada 109.00 yang dicapai pada awal dagangan Ogos lalu. Paras tersebut juga merupakan zon SBR (support become resistance) utama pada carta USD/JPY.

Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah di bawah paras 108.500, zon minor RBS (resistance become support) sekitar 108.100 akan cuba ditembusi harga sebelum menuju ke paras lebih rendah berkemungkinan menguji paras 107.900.

Penurunan yang berjaya melepasi garisan trendline yang ditandakan berpotensi menuju semula ke zon RBS lebih rendah pada sekitar 107.400.

Pelabur akan terus mengikuti perkembangan rundingan dagang AS-China yang menjadi faktor utama terhadap perubahan sentimen dalam pasaran semasa selain tumpuan terhadap isu Brexit.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat