USD/JPY Melantun Semula Setelah Harga Terjun Dari Awal Minggu

164

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY untuk minggu ini dilihat memaparkan trend bearish setelah harga gagal mengekalkan kenaikan sebelumnya.

Pada minggu lalu harga menunjukkan pergerakan mendatar dengan paras ketinggian sekitar 157.700 telah berjaya dicapai.

Namun, bermula di awal minggu ini harga telah menjunam ketara ketika US dolar didagangkan lebih lemah berbanding Yen sehingga harga susut di bawah paras 155.00.

Namun pada dagangan Rabu semalam, harga memaparkan pemulihan semula untuk meningkat ke paras 156.500.

Harga turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut memberi isyarat potensi untuk meneruskan kenaikan semula.

Yen gagal mengekalkan pengukuhan ke atas US dolar yang masih bergerak tidak menentu, berikutan ahli lembaga polisi Bank of Japan (BOJ) Toyoaki Nakamura menyatakan bahawa langkah menaikkan kadar faedah ketika ini adalah tidak bersesuaian.

Selain itu juga, hasi bon 10-tahun kerajaan Jepun turut memaparkan kejatuhan di bawah paras 1% untuk pertama kali dalam tempoh 2 minggu.

Pergerakan harga pada carta USD/JPY sedikit menurun ke paras 155.400 pada sesi Asia pagi ini (Khamis) namun masih berlegar di atas garisan sokongan MA50.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam akan menjangkakan harga untuk menuju semula zon ketinggian minggu lalu sekitar 157.700.

Namun jika penurunan harga berlaku, zon 155.00 bakal diuji harga sebelum penurunan dilanjutkan ke paras lebih rendah.

Seterusnya, zon tumpuan yang bakal disasarkan harga jika penurunan diteruskan berkemungkinan pada 153.700 yang telah dicecah pada dagangan pertengahan Mei lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat