Carta harga pasangan matawang USD/JPY nampaknya mengekalkan pretasi terbaik dengan mencatat rekod ketinggian terbaharu di paras sekitar 115.500 pada penghujung sesi dagangan semalam (Rabu).
Lonjakan itu sama sekali merupakan paras tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh masa 5 tahun sejak Januari 2017 serta telah membuahkan langkah peningkatan melebihi 1,200 pips sepanjang 2021.
Trend bullish dapat dilihat setelah harga kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) dan turut diperkukuhkan lagi dengan bentuk candle bullish pada timeframe yang lebih besar.
Matawang USD terus mengukuhkan kedudukan sebagai raja matawang setelah menerima sokongan daripada lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang hampir ke paras 1.70%.
Sentimen pasaran berisiko juga menjadi asbab pengukuhan USD memandangkan keadaan ketika ini dirudum oleh penderitaan berikutan penularan kes wabak Covid-19 yang kembali merebak.
Data penting AS yang diterbitkan dengan bacaan positif telah merencatkan usaha matawang ‘samurai’ Yen dalam memapar penguasaan meskipun turut memperoleh pengaruh sebagai matawang safe-haven.
Ini bermaksud para pelabur berkemungkinan akan menantikan pergerakan harga untuk menguji paras tertinggi 155.500 dahulu agar boleh menjangkakan harga berupaya menuju ke zon rintangan 116.000.
Lonjakan yang lebih tinggi dijangka akan mencapai sehingga ke zon rintangan pada penghujung 2016 sekitar 117.000-118.000 dan bakal menyaksikan paras ketinggian yang terbaharu tercipta sekali lagi.
Jika pergerakan harga menerima tekanan untuk kembali menyusut, rintangan pada sebelum ini yang diperhatikan pada zon RBS (resistance become support) 115.000 kemungkinan akan dicecah semula.
Manakala zon RBS 114.460 dijangka menjadi zon tumpuan yang akan diuji sekiranya penurunan yang lebih rendah berlaku dan ia berkebarangkalian bakal memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG