Bank pusat Jepun (BOJ) kekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10% seperti yang dijangkakan dengan sasaran hasil bon JGB 10-tahun di antara 0.5% hingga 1.0%.
BOJ juga meningkatkan fleksibiliti pada Kawalan Keluk Hasil (YCC) untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kadar upah.
Mata wang Yen alami penyusutan ketara di sesi Asia pagi ini dengan reaksi keputusan mesyuarat BOJ tersebut.
Pergerakan harga boleh diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/JPY yang mula menunjukkan perubahan pada arah harga.
Pada dagangan pembukaan awal minggu semalam, harga paparkan penurunan lebih rendah ke paras 148.800 yang menyambung corak pergerakan di penghujung minggu lalu.
Namun, lonjakan dipaparkan semula pagi ini sehingga harga telah menembusi zon penting pada 150.00.
Isyarat bullish diperhatikan apabila lonjakan harga itu telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Sekiranya kenaikan harga terus dipacu ke paras lebih tinggi, dijangka paras ketinggian dicapai pada minggu lalu akan jadi sasaran untuk disentuh sekali lagi, iaitu pada 150.780.
Dan tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, namun pelabur akan kekal berwaspada untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku ke atas Yen.
Penurunan harga semula boleh dijangkakan untuk berlaku dengan harga kemabli bergerak di bawah paras 150.00 semula.
Susut di bawah paras sokongan MA50 akan menjangkakan corak penurunan harga sebelum ini akan diteruskan mengatasi paras dicecah di awal minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG