USD Kekal Kritikal Pada Pembukaan Awal Minggu

561

Sentimen bercampur-campur menghiasi pembukaan pasaran awal minggu dengan kebanyakan matawang utama masing-masing mempamerkan peningkatan, sementara dagangan US dolar pula terus lemah.

Sepanjang minggu lalu, dagangan US dolar telah dilemahkan oleh ketegangan antara AS dan China dan situasi yang membimbangkan disebabkan coronavirus dalam ekonomi terbesar dunia itu.

Florida dilaporkan telah mengatasi New York dalam merekodkan kes Covid-19 paling tinggi di negara itu, menurut berita hujung minggu. Lebih 67,000 kes telah disahkan pada Sabtu, dengan jumlah kematian melebihi 146,000.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama terus diniagakan menyusut lebih rendah pada 94.04.

Dalam pada itu, Eropah kini juga sedang diancam oleh risiko gelombang kedua pandemik, yang mana Sepanyol dan Jerman dilaporkan telah mula mencatatkan peningkatan dalam kes baru Covid-19.

Walau bagaimanapun, dagangan matawang Eropah kekal mengukuh, disokong oleh kelemahan US dolar dengan euro terus didagangkan meningkat menghampiri paras ketinggian hampir dua tahun.

Sementara matawang pound pula juga terus menguat sehingga mencecah paras ketinggian 4 setengah bulan berbanding US dolar di tengah-tengah ketidakpastian Brexit. Ketua perunding EU, Michel Barnier mengatakan UK dan EU mungkin tidak dapat mencapai perjanjian akhir tahun ini.

Antara yang menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini adalah perbincangan Senat mengenai bantuan dan pakej rangsangan fiskal, mesyuarat polisi FOMC, perkembangan pertikaian AS dan China serta anggaran pertumbuhan ekonomi suku kedua oleh EU dan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat