USD Kekal Lemah Pada Minggu Ini?

546

Dagangan pasaran kembali bersambung untuk minggu keempat bagi bulan Julai di mana pergerakan harga bagi matawang utama dolar Amerika Syarikat masih lagi bergerak perlahan ekoran pelabur berwaspada berteka-teki keputusan Federal Reserve untuk polisi monetari pada mesyuarat 31 Julai ini.

Pasaran lebih menjangkakan bank-bank pusat sama ada menurunkan kadar faedah atau mengekalkan dasar monetari yang longgar, bermula dengan European Central Bank (ECB) pada Khamis diikuti oleh Bank of Japan (BOJ) sebelum tumpuan lebih utama minggu berikutnya pada Federal Reserve.

Pergerakan pasaran kewangan berkisar di sekitar jangkaan polisi monetari Fed dan juga faktor geopolitik melibatkan Amerika Syarikat, Iran dan UK. Terbaru, terdapat laporan bahawa kapal pengawal Iran telah menahan kapal tangki minyak British di Selat Hormuz pada Jumaat lalu.

Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup rendah dengan saham S&P500 ditutup lebih rendah 0.6%, juga ekoran daripada kebimbangan terhadap ketegangan laporan Iran menahan kapal tangki British tersebut.

Sementara pasaran kewangan akan memberi lebih fokus terhadap keputusan bank pusat global, pelabur turut akan memantau perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Pound Sterling masih lagi diniagakan berisiko dengan penurunan terbesar harian dalam tempoh dua bulan dicatatkan pada minggu lalu, dengan kebimbangan pelabur masih lagi terarah terhadap risiko situasi Brexit tanpa perjanjian (no-deal Brexit).

Pelabur melihat Britain akan berterusan berdepan ketidaktentuan politik dengan penggantian jawatan Perdana Menteri yang baru seterusnya mengendalikan isu utama Brexit yang masih buntu mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Pound dijangka akan kekal diniagakan lemah dalam pasaran semasa.

Pergerakan pasaran untuk permulaan minggu ini berkemungkinan perlahan ekoran ketiadaan data utama yang bakal menggerakkan pasaran sebelum pelabur bersedia menantikan keputusan penetapan polisi pada penghujung minggu ini sebelum bersambung pada minggu hadapan.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat