USD Kembali Bangkit! Ini Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Mata Wang!

416

US dolar tiba-tiba didagangkan hijau dengan keuntungan di pasaran Asia dan Eropah selepas permulaan yang agak berkecamuk pada hari Selasa. Hal ini adalah berikutan Bank Rakyat China (PBOC) telah mengurangkan dua Kadar Perdana sekali lagi sebanyak 10 mata asas, mencetuskan kekecewaan dalam pasaran global.

Pasaran niaga hadapan ekuiti AS berada di paras terendah dan Eropah bertukar hijau selepas bilangan perumahan AS yang kukuh.

Data perumahan AS menunjukkan pembinaan rumah elonjak kepada 1,631K berbanding 1,340K pada bulan sebelumnya. Permit bangunan juga meningkat dengan ketara daripada 1,417K kepada 1,491K untuk bulan Mei. Dengan peningkatan jumlah tersebut, prestasi bulanan meningkat juga dengan Permit Bangunan naik 5.2% selepas penguncupan -1.4% dari bulan lalu, dan Perumahan bermula naik 21.7% daripada -2.9% sebelumnya.

Dari sudut Rizab Persekutuan AS (Fed), Presiden Fed St. Louis Jim Bullard berucap mengenai isu berbangkit, walaubagaimanapun ucapannya tidak memberikan sebarang ulasan mengenai pendirian monetari semasa atau panduan ke hadapan , manakala Presiden Bank Rizab Persekutuan New York John Williams dan naib pengerusi penyeliaan Fed Michael Barr akan bercakap mengenai hal-hali lain di acara NY Fed.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.39% pada paras dagangan 102.240.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat