USD Kembali Ke Landasan, Dorong EUR/USD Susut Lebih 40 Pips

332

Selepas pergerakan terkontang-kanting, matawang USD kembali ke landasan pengukuhan dalam suasana sentimen pasaran yang berisiko serta terbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang positif pada sesi New York semalam.

Di samping itu, hasil perbendaharaan AS terus mencatatkan paras tertinggi terbaharu 20 minggu yang telah mencapai paras 1.70% turut menambah sokongan kepada USD untuk mengukuh.

Pelabur turut menantikan penerbitan data ekonomi PMI Eropah yang akan diterbitkan pada sesi Eropah kelak bagi menilai pergerakan matawang Euro yang dilihat stabil pada ketika ini.

Mengkaji kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga terus menyambung trend penurunan daripada awal sesi Eropah (Khamis) sehingga menuju ke penghujung sesi dagangan minggu ini.

Namun harga tampaknya masih lagi bergerak secara mendatar yang kekal didagangkan di antara paras ketinggian 2 minggu sekitar 1.16700 dan di atas zon RBS (resistance become support) pada 1.16000.

Trend penurunan juga telah menghasilkan penyusutan melebihi 40 pips serta terus bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal trend bearish.

Sekiranya pergerakan harga pada carta EUR/USD kekal merundum, paras rintangan 1.16000 dilihat akan sekali lagi menjadi paras utama yang menjadi tumpuan bagi menanti reaksi pergerakan selanjutnya.

Jika harga terus menembusi paras itu berkemungkinan para pelabur perlu bersedia untuk harga menguji semula paras terendah 2021 pada 1.53000 yang telah menyokong lonjakan harga pada sebelum ini.

Kebarangkalian pergerakan yang drastik bagi mengekalkan corak uptrend akan menyaksikan harga bakal kembali menuju ke paras tertinggi mingguan 1.16700 sebelum jangkaan mampu menokok lebih gah.

Peningkatan harga yang lebih tinggi dijangka akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.17000 setelah harga memapar aksi junaman di bawah paras tersebut pada penghujung September.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat