USD Kembali Menguat, Sterling Susut!

810

Peningkatan semula US dolar telah mendorong penyusutan buat dagangan matawang utama selepas Presiden Joe Biden melancarkan pelan pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion ketika sesi Asia.

Indeks dolar kini menuju untuk kenaikan mingguan terbesar sejak November 2020, selepas pulih dari paras terendah hampir tiga tahun.
Berbanding kebanyakan matawang utama, dolar greenback didagangkan stabil di sekitar paras harga 90.35.

Matawang itu sebelum ini telah terkesan oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang menolak idea untuk mengurangkan program pembelian asetnya dan masih terlalu awal untuk berbincang mengenainya.

Tumpuan pasaran kini disasarkan kepada penerbitan data jualan runcit AS pada malam ini yang dijangka sedikit meningkat daripada bacaan terdahulu, tetapi masih di paras yang rendah.

Sementara itu, pengukuhan US dolar telah mendorong dagangan matawang pound sterling untuk susut dari paras tertinggi terbaru 2 setengah tahun yang dicapainya pada sesi sebelum ini, di samping turut terkesan oleh data ekonomi UK.

Data tumpuan sesi Eropah hari ini, menunjukkan ekonomi UK menguncup pada bulan November ketika kerajaan mula melaksanakan sekatan lebih ketat di England, menyebabkan negara itu kini diancam kemelesetan dua kali ganda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat