USD Kukuh, Tapi Kenapa USD/CAD Jatuh Pula? Jom Baca Ini

732

US dolar mengekalkan prestasi positif dalam pasaran pada dagangan awal minggu selepas disokong oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada penghujung minggu lalu dengan bacaan yang memberangsangakn.

Walaupun US dolar bergerak kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain, namun dolar Kanada berjaya pamerkan pengukuhannya berbanding raja mata wang itu.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga mula membuat penurunan semula pada sesi New York semalam.

Pengukuhan dolar Kanada didorong oleh faktor peningkatan harga minyak mentah susulan unjuran positif terhadap permintaan bahan bakar oleh negara pengguna utama.

Harga kembali menjunam selepas berlegar pada zon rintangan 1.25800 mencecah ke paras sekitar 1.25200 pada penghujung sesi New York.

Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga itu juga telah kembali memberi isyarat bearish.

Pelabur kini berwaspada menantikan terbitan data inflasi AS pada sesi New York hari ini untuk menilai sama ada US dolar mampu mengukuh mengatasi dolar Kanada semula.

Jika kenaikan harga berlaku, harga akan kembali menuju zon rintangan 1.25800-1.26000 setelah zon tersebut juga gagal ditembusi pada dagangan penghujung Julai.

Namun jika harga menyambung penurunan lebih rendah pada hari ini, paras sekitar 1.24800 yang menjadi paras sokongan minggu lalu akan kembali diuji.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support 1.24300 yang dicecah harga pada penghujung Julai lalu sebelum harga pamerkan kenaikan semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat