USD Lemah Menunggu Kejutan Inflasi AS!

579

Melangkah ke hari dagangan Rabu, pasaran dilihat lebih berhati-hati menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Ini memperlihatkan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut pada 102.09 berbanding sekumpulan mata wang utama ketika sesi Asia.

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka akan meningkat 5.1% tahun ke tahun pada bulan Mac, turun daripada bacaan 6.0% yang dicatatkan pada Februari.

Federal Reserve (Fed) dilihat bersedia untuk melaksanakan satu lagi kenaikan kadar 25 mata asas pada mesyuarat bulan depan susulan kenyataan terbaru daripada beberapa penggubal dasar.

Presiden Fed New York, John Williams mengatakan bank pusat sekali lagi berada dalam jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, tetapi sebarang keputusan akan bergantung pada data yang masuk.

Selain itu, Presiden Fed Chicago Austan Goolsbee pula berkata bank pusat perlu berwaspada tentang menaikkan kadar dalam menghadapi tekanan perbankan baru-baru ini.

Beralih ke perkembangan pasaran lebih luas, mata wang euro dan pound didagangkan stabil setelah menghapuskan kerugian yang dicatatkan susulan pengukuhan USD sebelum ini.

Mata wang antipodean pula sedikit berubah, dengan dolar Aussie didagangkan mendatar dan dolar New Zealand pula susut rendah selepas mempamerkan prestasi buruknya pada sesi terdahulu.

Sementara itu, dolar Kanada kembali meraih sokongan untuk meningkat berbanding US dolar di tengah-tengah pengukuhan dalam dagangan minyak mentah.

Selain data inflasi AS, tumpuan pelabur juga terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat Kanada (BOC) pada sesi New York yang dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah.

Yen pula merosot semula selepas dibataskan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi, meningkat ke paras 3.43%.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat