USD Melemah, Mesyuarat RBA Jadi Tumpuan!

630

Matawang utama kembali memaparkan peningkatan pada pembukaan dagangan sesi Asia, mendorong raja matawang US dolar untuk susut semula selepas mencatat kenaikan sederhana pada Isnin.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan susut pada 92.11.

Menjadi tumpuan pasaran hari ini adalah minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada tengah hari ini ketika para pelabur masih berbelah bahagi sama ada bank pusat akan menangguhkan rancangan untuk mengurangkan pembelian bonnya.

Jumlah kes harian di Australia semakin bertambah, dengan angka melebihi 1000 kes setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri berlumba-lumba untuk mempercepatkan program vaksinasi di wilayah yang terkesan.

Walaupun jangkaan pengurangan akan ditangguhkan meningkat, tetapi matawang dolar Aussie berhasil mencatatkan sedikit kenaikan pada sesi Asia disokong oleh kelemahan greenback.

Sementara itu, matawang euro bergerak di sekitar harga yang sama dengan diniagakan meningkat di sekitar harga 1.1885 berbanding US dolar, sementara pasaran menantikan penerbitan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada sesi Eropah hari ini.

Matawang pound pula sedikit meningkat, ketika angka kes jangkitan Covid-19 di UK terus menunjukkan peningkatan. Tiada langkah-langkah sekatan yang dilaksanakan, tetapi terdapat kebimbangan bahawa ia akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat