USD Mencanak Naik, Dorong Matawang Utama Lain Lebih Rendah

574

Kenaikan hasil bon AS terus memacu raja matawang US dolar untuk meningkat ke paras tertinggi lebih lima minggu berbanding pesaing utamanya, terutamanya yen yang jatuh ke tahap terendah tiga bulan.

Hasil perbendaharaan AS telah melonjak sejak akhir minggu lalu, selepas Federal Reserve (Fed) mengatakan ia mungkin akan mula mengurangkan pembelian aset secepatnya pada bulan November dan mengisyaratkan kenaikan kadar faedah akan menyusul.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan meningkat pada 93.56.

Yen susut sekitar 0.3% berbanding US dolar, dengan didagangkan lemah di sekitar harga 111.30 pada sesi Eropah.

Pelabur nampaknya tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga yang mengesahkan pelaksanaan keadaan darurat akan berakhir pada 30 September memandangkan ia telah dilaporkan sejak minggu lalu.

Matawang pound kembali merosot berikutan pengukuhan US dolar, gagal mengekalkan keuntungan yang diraihnya susulan optimisme pasaran untuk kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England (BOE) yang mungkin lebih cepat dari jangkaan.

Euro pula tergelincir ke paras terendah hampir satu bulan ketika dolar greenback meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi juga terkesan dengan kekuatan raja matawang itu, walaupun data jualan runcit Australia yang dikeluarkan pada sesi Asia menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada dijangkakan.

Dolar Kanada pula berundur dari tahap tertinggi dua minggu susulan lonjakan semula USD, namun matawang komoditi itu masih kuat disokong oleh harga minyak mentah dunia yang melonjak tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat