USD Nak Naik Ke Turun?

985

Pergerakan raja matawang US dolar terbatas pada sesi Eropah dengan mencatatkan kenaikan sederhana di tengah kewaspadaan pasaran menjelang acara penting pada hari Jumaat nanti.

Berita mengenai Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) yang memberi kelulusan penuh pada vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, terus menyokong sentimen pasaran untuk kekal positif.

Kelulusan penuh ini diharap akan menambah keyakinan orang ramai untuk divaksinasi kerana ia memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang tinggi, sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu.

Ketidakpastian mengenai bila Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan rangsangannya masih lagi menguasai sentimen pada matawang US dolar, menyebabkan pelabur lebih berhati-hati sementara menantikan simposium Jackson Hole untuk mendapatkan petunjuk mengenainya.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan stabil pada 93.04.

Sementara itu, momentum kenaikan matawang pound dilihat sedikit goyah pada awal sesi Eropah, tetapi ia masih mengekalkan kebanyakan keuntungan yang diraihnya berbanding US dolar pada minggu ini setelah melonjak hampir 1%.

Dagangan euro pula sedikit susut selari dengan pergerakan US dolar, dengan didagangkan di sekitar harga 1.1722 pada sesi Eropah.

Matawang komoditi masih mengekalkan keuntungan dengan terus didagangkan lebih tinggi pada sesi Eropah. Dolar Kanada mendapat manfaat daripada kenaikan semula harga minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat