USD Papar Lonjakan Padu, Matawang Utama Tersungkur

373

Mata wang gergasi US dolar meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Eropah, didorong oleh kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) dalam laporan minit mesyuarat FOMC yang terbaharu.

Para penggubal dasar Fed mencadangkan bahawa pengukuhan dalam pasaran buruh dan inflasi yang tinggi mungkin boleh mendorong mereka untuk menaikkan kadar faedah lebih awal dan mengurangkan pelonggaran kuantitatif.

Disebabkan itu, niaga hadapan pada kadar dana persekutuan (kontrak kewangan yang mewakili pendapat pasaran) telah menjangkakan sekitar 80% peluang kenaikan kadar pada bulan Mac.

Pada pembukaan sesi Eropah, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan kukuh pada harga 96.30 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Hal ini turut memacu lonjakan hasil bon AS 10 tahun untuk mengukuh ke tahap tertinggi 8 bulan di atas 1.70%, dan hasil 30 tahun pula paling tinggi sejak Oktober 2021.

Dalam pada itu, pengukuhan dolar greenback menyebabkan mata wang berkaitan komoditi terus menderita yang menyaksikan dagangan dolar Aussie dan kiwi tersungkur ke paras terendah dua minggu.

Mata wang pound sterling turut diheret lebih rendah dengan pergerakan harga dilihat bergelut untuk mengekalkan kedudukannya di atas paras harga 1.3500 berbanding US dolar. Dagangan euro pula kekal suram pada tahap terendah satu minggu.

Sementara menantikan laporan pekerjaan NFP, pelabur akan menumpukan perhatian kepada data PMI perkhidmatan ISM terlebih dahulu yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat