USD Sedikit Lemah, Yen Pacu USD/JPY Jatuh 100 Pips

313

Dek kerana kejatuhan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun serba sedikit telah mempengaruhi matawang Yen untuk memapar penguasaan pada penutup dagangan minggu lalu berbanding US dolar.

Yakni yang mana matawang USD tidak berjaya untuk mengukuh meskipun terbitan data NFP AS menjangkau dari jangkaan ekoran beberapa faktor lain telah membantutkan nilai USD untuk terus meningkat.

Namun pada permulaan dagangan minggu ini, Yen tampaknya sedikit jatuh susulan pelabur dilihat mengambil sikap waspada menjelang terbitan data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Rabu.

Pada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga dilihat terus menyambung penurunan pada Khamis sehingga ke penutup dagangan Jumaat dengan menghasilkan terjunan hampir 100 pips.

Tetapi trend pergerakan harga masih bergerak secara mendatar jika diperhatikan secara purata yang nampaknya pelabur masih lagi berjaga-jaga dalam menilai jangkaan harga berikutnya.

Memasuki ke sesi dagangan hari ini (Isnin) bagi pembukaan pasaran awal minggu, zon sokongan 113.400 kekal dilihat sebagai zon paling ‘kebal’ untuk ditembusi setelah zon tersebut kembali menyokong lonjakan harga semasa.

Jika pergerakan harga terus memperoleh sokongan untuk mendaki, harga dijangka bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) 114.000 sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

Puncak yang lebih tinggi akan memperlihatkan sasaran pada zon rintangan sekitar 114.460 untuk diuji dan dijangka akan mampu untuk menggapai paras ketinggian sejak April 2014 pada 114.700.

Sebaliknya jika pergerakan harga terus mengekalkan junaman seperti minggu lalu, harga berkemungkinan bakal susut ke zon sokongan 113.400 sebelum jangkaan akan menjunam lebih parah.

Penurunan yang ketara bakal memperlihatkan harga kembali cecah ke zon sokongan pada 113.000 serta bakal memberi isyarat yang jelas kepada pelabur untuk harga membuat perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat