USD Tumbang, Pasaran Beralih Ke Aset Berisiko!

1,369

Sentimen pasaran yang bertambah baik telah menyokong dagangan mata wang utama untuk meningkat pada awal minggu.

Kebimbangan pasaran mereda pada hari Isnin susulan laporan terbaru mengenai pembelian Silicon Valley Bank (SVB) oleh First Citizens BancShares.

Ini menyebabkan pasaran saham global mendapat manfaat secara meluas, terutamanya ekuiti berkaitan perbankan manakala dagangan safe-haven pula dilepaskan.

Mata wang yen tergelincir lebih rendah apabila hasil perbendaharaan AS 10 tahun kembali menunjukkan peningkatan.

Gagal mengikuti kenaikan hasil bon, US dolar turut merosot ekoran pelabur beralih ke mata wang lebih berisiko di tengah-tengah jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menamatkan kitaran pengetatannya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan susut pada sekitar harga 102.60 pada sesi Asia.

Dalam pada itu, mata wang euro dan pound masing-masing memaparkan kenaikan, menyaksikan pound didagangkan di paras ketinggian satu minggu.

Menjadi tumpuan kedua-dua mata wang itu hari ini adalah ucapan daripada Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde dan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey.

Sementara itu di Asia, dolar Aussie dan New Zealand turut meningkat tetapi kenaikan yang dicatatkan adalah sederhana.

Dolar Kanada pula melanjutkan pengukuhan lebih jauh berbanding US dolar dengan pelabur masih memanfaatkan data jualan runcit Kanada yang lebih baik daripada jangkaan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading, komuniti kripto dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat