Velesto Energy Raih Kontrak RM569.6 Juta Dari Petronas!

489

Velesto Energy Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd yang bernilai $128 juta (RM569.6 juta) melalui anak syarikat milik penuhnya Velesto Drilling Sdn Bhd (VED).

Khabar baik ini diumumkan oleh VED dalam pemfailannya kepada Bursa, mengatakan ia akan menyediakan tiga pelantar penggerudian jack-up yang dinamakan Naga 3, Naga 4 dan Naga 6.

Projek itu dijangka akan bermula pada suku ketiga 2023.

Tambahan daripada itu, VED juga akan terlibat dengan penyediaan tiga pelantar penggerudian independent-leg cantilever jack-up premium yang mempunyai keupayaan kedalaman penggerudian 30,000 kaki dan kedalaman air operasi yang dinilai antara 350 kaki dan 400 kaki.

Dengan perolehan kontrak ini, Velesto menjangkakan ia akan menyumbang kepada pendapatan dan aset bersih VED dalam tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan 2024.

Selain daripada perkhidmatan dan operasi penggerudian luar pesisir, VED turut menyediakan perkhidmatan kejuruteraan lain untuk penerokaan minyak dan gas, serta pembangunan dan pengeluaran, dalam dan luar negara.

Sementara itu, CGD-CIMB Securities mengekalkan penarafan ‘Add’ untuk Velesto pada 23 sen dengan harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak 26 sen daripada 23 sen sebelumnya.

Setakat jam 12.30 hari, saham Velesto didagangkan pada 24 sen dengan permodalan pasaran RM1.93 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat