Virus Bukan Muncul Dari Pasar Wuhan? – Senator A.S Dakwa China Tipu Fakta Sebenar!

0 5,525

Dalam kebimbangan yang melanda dunia akibat bencana wabak Coronavirus COVID-19 yang semakin parah, pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kewujudan misteri virus pembunuh ini yang muncul secara tiba-tiba.

Satu dakwaan yang menggemparkan apabila Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton dalam temubual di saluran Fox News menyatakan bahawa China memberikan fakta yang palsu tentang perkembangan virus tersebut.

Jika dilihat di media sosial dengan pendedahan kesan yang amat dahsyat di Wuhan di mana dikatakan tempat permulaan virus tersebut muncul, seakan menidakkan angka korban yang kini telah melebihi 1,800 kematian.

Malah, netizen berpendapat bahawa angka yang lebih besar sebenarnya dianggarkan namun kerajaan China cuba untuk menyembunyikan fakta sebenar berkemungkinan untuk meredakan situasi panik.

Menurut Senator Tom Cotton, beliau mendakwa bahawa China menipu berkenaan fakta virus tersebut muncul di pasar makanan di Wuhan. Menurut beliau lagi di laman sosial Twitter, ini adalah fakta, dan bukannya teori atau konspirasi.

Situasi semakin hari semakin buruk, malah banyak lagi fakta berkenaan virus merbahaya ini yang tidak didedahkan umum.

South China University of Technology membuat kesimpulan bahawa virus tersebut berkemungkinan muncul dari sebuah makmal di Wuhan yang berada sangat berhampiran dengan pasar makanan Wuhan.

Makmal tersebut membuat kajian ke atas haiwan-haiwan eksotik khususnya kelawar yang dikait rapat dengan kemunculan virus COVID-19 ini.

Menurut kajian universiti tersebut, sampel virus yang dianalisis sangat hampir menyerupai dengan Coronavirus yang boleh ditemui pada spesis kelawar.

Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini menyimpulkan bahawa kebarangkalian yang rendah untuk virus tersebut muncul dari pasar makanan Wuhan. Sebaliknya, ia berkemungkinan mula merebak dari fasiliti kajian di makmal yang mengkaji virus tersebut.

Namun, hal ini telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa China cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Jadi, adakah benar China sedang menipu tentang virus pembunuh ini dan menyembunyikan fakta kepada dunia?

Anda mungkin juga berminat