Visa Lancarkan NFT ‘Rare’ Menjelang Piala Dunia Qatar 2022!

249

Syarikat perkhidmatan pembayaran, Visa yang sudah sekian lama menjadi rakan kongsi teknologi pembayaran rasmi FIFA bakal melancarkan non-fungible token (NFT) menampilkan gol terkenal daripada lima pemain bola sepak ikonik.

Difahamkan bahawa penaja rasmi platform dagangan mata wang kripto FIFA, Crypto.com telah mula menawarkan Visa Master of Movement NFT pada platformnya.

Penjualan NFT tersebut dikatakan akan berlangsung sebelum Piala Dunia 2022 di padang interaktif FIFA Fan Festival Doha pada 20 November dan 18 Disember, manakala penyokong mampu membuat bidaan pada Visa Masters of Movement NFT di Crypto.com pada 8 November.

Penciptaan karya digital itu mampu memberi peluang keemasan kepada para peserta untuk mecipta karya seni digital tersendiri dan mint ke dalam NFT masing-masing.

Secara konteks, NFT tersebut terdiri daripada lima karya seni yang diilhamkan daripada gol dijaringkan oleh Jared Borgetti, Tim Cahill, Carli Lloyd, Michael Owen, dan Maxi Rodriguez.

Menurut Andrea Fairchild, Naib Presiden Kanan dan Ketua Tajaan di Visa, pembida yang berjaya memiliki NFT tersebut juga akan memenangi kepingan memorabilia ditandatangani pemain lagenda tersebut sebagai salah satu utilitinya.

Tambahnya lagi, keuntungan yang diperoleh akan disumbangkan 100% daripada hasil lelongan kepada Street Child United, sebuah badan amal berpangkalan di United Kingdom (UK) yang memenuhi keperluan kanak-kanak jalanan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Visa telah berkhidmat sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran rasmi FIFA sejak 2007 bagi memberikan pengalaman unik kepada semua peminat tegar bola, sama ada mereka mungkin di antara 1 juta penonton di Qatar atau 5 bilion penonton di seluruh dunia yang menyaksikan kejohanan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat