Wah! Berganda-ganda Berita Baik Untuk Minyak Mentah Minggu Ini

305

Harga minyak menguat di paras ketinggian 4 minggu setelah diperlihatkan dengan satu lagi data bekalan minyak mentah AS yang memberangsangkan, sekali gus menandakan prospek permintaan terhadap bahan bakar meningkat.

Menurut data terbaru yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), inventori minyak mentah jatuh 5.9 juta tong pada minggu lalu, dua kali ganda lebih baik dari jangkaan untuk penurunan sebanyak 2.9 juta tong.

Hal ini telah mendorong harga minyak mentah untuk mencatat lonjakan hampir 5% pada sesi dagangan Rabu dan membawa kembali ke sekitar paras tertinggi tahunan yang dicatatkan pada awal tahun ini.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada $63.15 setong, sementara minyak mentah Brent pula kukuh di sekitar harga $66.60 setong.

Turut menyokong pengukuhan harga adalah apabila Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang meningkatkan ramalan terhadap permintaan minyak global pada tahun ini sebanyak 230,000 tong sehari.

Terdahulu, OPEC turut meningkatkan unjurannya terhadap penggunaan minyak global sebanyak 190,000 tong sehari dan telah mendorong harga meningkat lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat