Wah! Pemulihan UK Dijangka Bakal Mendahului Negara Eropah Lain

241

UK dijangka akan mendahului pemulihan ekonomi di antara negara-negara utama Eropah dengan pertumbuhan terpantas dalam hampir setengah abad sebelum kembali perlahan pada tahun 2023.

Berikut merupakan ramalan oleh ahli ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg, yang telah menyemak semula unjuran mereka untuk pertumbuhan tahun 2021 kepada 6%.

Ini menandakan pertumbuhan terkuat UK sejak 1973, dan lebih kehadapan berbanding Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol.

Peningkatan ini dibuat susulan kemajuan yang dibuat dalam program vaksinasi Covid-19 di UK, yang membolehkan kerajaan untuk melonggarkan langkah sekatan coronavirus secara beransur-ansur.

Terbaru, UK dijangka akan membuat keputusan pada 14 Jun untuk memutuskan sama ada langkah penutupan fasa akhir akan dilanjutkan atau tidak, di mana lebih banyak pelonggaran akan dilaksanakan.

Namun begitu, pada tahun 2023, penganalisis melihat ekonomi UK akan kembali perlahan berikutan impak daripada Brexit dan perlambatan dalam produktiviti di negara itu akan muncul semula.

Kesannya, ekonomi UK akan berkembang pada kadar lebih perlahan daripada negara utama Eropah lain. Penganalisis mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk tahun 2023 kepada 1.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat