Wah! Sektor Ini Antara Penyumbang Terbesar Kepada KDNK 2020

383

Sektor agrikomoditi termasuk koko merupakan antara penyumbang utama pendapatan eksport negara dan menjadi perintis kepada hasil keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2020.

Serba sedikit hasil koko telah mencatatkan peningkatan melebihi 5.4% untuk menyumbang kepada KDNK 2020 sebanyak RM1.64 bilion berbanding RM1.56 bilion pada tahun lalu.

Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), subsektor koko secara keseluruhannya telah menyumbang RM6.23 bilion kepada pendapatan eksport negara.

Tambahnya Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang mempergiat usaha serta program-program bagi menghasilkan biji koko yang bermutu tinggi dan berperisa unggul.

Biji-biji koko dianggarkan mampu untuk dipasarkan di paras harga tertinggi yang mana boleh mencecah sehingga RM15 sekilogram.

LKM juga melaksanakan Program Pembangunan Rantaian Kluster Koko sebagai pemangkin bagi kemampanan pengeluaran koko tempatan dengan berteraskan konsep ‘Farm to Table’.

Dalam pada itu, permintaan biji koko premium oleh pengusaha coklat dilihat melonjak dan ia yakin pasaran serta permintaan produk dapat dipertingkatkan lagi ke seluruh dunia.

Selain itu daripada aktiviti pengeluaran dan perdagangan, pekebun kecil disarankan untuk mencuba serta menceburi dalam bidang agripelancongan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat