Walaupun Banyak Faktor Menyokong, Emas Tetap Gagal Menyinar

2,792

Beberapa faktor negatif dalam pasaran sepatutnya menyokong dagangan emas untuk meningkat tetapi pengukuhan US dolar yang meluas membantutkan pergerakan logam kuning itu.

Ini menyebabkan emas kekal didagangkan mendatar pada sekitar harga $1,900 per auns ketika sesi Asia sementara raja mata wang US dolar pula meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras ketinggian terbaharu dua tahun.

Dolar Amerika terus mendapat sokongan daripada keyakinan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan kenaikan kadar faedah yang agresif pada tahun ini bagi membendung inflasi.

Emas mendapat sedikit kekuatan untuk kekal stabil di tengah-tengah pengukuhan US dolar, dari kebimbangan dunia terhadap penutupan yang berterusan di Shanghai berpotensi melemahkan ekonomi China dan global.

Bukan itu sahaja, tetapi ketegangan geopolitik yang meningkat turut menyuramkan sentimen pasaran lebih-lebih lagi selepas Rusia mengumumkan penggantungan bekalan gas ke Poland dan Bulgaria.

Tekanan inflasi di kebanyakan negara utama yang semakin meningkat juga membantu kestabilan logam berharga itu. Terbaharu, kadar inflasi Australia dilaporkan melonjak ke paras tertinggi 21 tahun seklai gus mencetuskan spekulasi untuk bank pusat bertindak menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat