Walaupun Bergerak Perlahan, GBP/USD Capai Paras Ketinggian 8 Bulan Terbaru

504

Menjelang pilihan raya UK dua hari lagi, pelabur mula berwaspada terhadap dagangan bagi matawang Pound Sterling. Pergerakan harga dijangka perlahan sehingga pilihan raya berlangsung pada Khamis.

Namun begitu, Pound sedikit mengukuh pada dagangan semalam selepas undian yang dijalankan dalam akhbar Britain’s Sunday menunjukkan Parti Konservatif kerajaan masih mendahului.

Dengan itu, dagangan pada carta harga pada carta GBP/USD telah mencatatkan paras terbaru melepasi paras ketinggian pada Mei lalu. Dan juga Pound berjaya mengukuh berbanding dolar Euro merekodkan paras tertinggi 2 setengah tahun.

Pelabur juga turut akan memberi perhatian kepada data pertumbuhan GDP UK yang diterbitkan pada sesi Eropah petang ini.

Dagangan US dolar juga turut dijangka akan bergerak perlahan menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga yang berjaya melepasi paras ketinggian pada dagangan Mei lalu telah mencatatkan ketinggian terbaru menyentuh paras 1.31800 sebelum harga kembali bergerak rendah semula.

Harga masih dilihat berlegar di garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) dengan pergerakan harga berjulat kecil. Pelabur waspada nantikan pilihan raya UK pada Khamis.

Jika harga terus bergerak lebih tinggi membuat kenaikan melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam, harga bakal merekodkan paras ketinggian baru mengatasi zon resistance pada dagangan April lalu.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, harga yang bergerak di bawah garisan MA50 akan menguji paras support terhampir di paras 1.31000.

Seterusnya, penurunan akan menuju paras tumpuan pada 1.30000 dan juga garisan trendline harga untuk menentukan penurunan lebih jelas harga.

Paras 1.30000 juga merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta GBP/USD yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat