Walaupun Inventori AS Jatuh, Tapi Harga Emas Hitam Masih Lemah!

208

Dagangan komoditi hitam kekal rendah untuk hari keempat berturut-turut pada minggu ini, ditekan oleh kekhuatiran terhadap lonjakan kes coronavirus akan melemahkan pemulihan permintaan global dan lebihan bekalan dalam pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut 41 sen kepada $41.36 setong, manakalan WTI Amerika Syarikat jatuh 52 sen pada $39.41 setong.

Berbeza dengan data Institut Petroleum Amerika (API), laporan yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat sebanyak 1.6 juta tong pada minggu lepas.

Bacaan ini sedikit sebanyak menyokong dagangan minyak mentah daripada susut lebih rendah.

Walau bagaimanapun, angka yang dicatatkan adalah lebih rendah daripada jangkaan penurunan 2.3 juta tong dan merosot daripada bacaan terdahulu sebanyak 4.4 juta tong pada minggu sebelumnya.

Selain itu, data turut memperlihatkan bahawa permintaan bahan bakar AS tetap lemah, di mana purata permintaan petrol dalam tempoh empat minggu dilihat jatuh kepada 8.5 juta tong sehari, jatuh 9% dari tahun sebelumnya.

Dari segi penawaran, pasaran tetap berwaspada terhadap kembalinya pengeluaran minyak Libya dalam pasaran walaupun setakat ini masih tidak jelas berapa jumlah akan dikeluarkan. National Oil Company menjangkakan pengeluaran minyak mentah Libya akan meningkat lebih 260,000 tong sehari pada minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat