Walaupun Sukar, GBP/USD Masih Kekal Teruskan Momentum Kenaikan

823

Matawang Pound masih kekal bergerak kukuh berbanding US dolar pada dagangan awal minggu ini meskipun beberapa faktor yang dilihat akan memberi tekanan buat matawang Britain itu.

Pelabur kekal berwaspada terhadap risiko rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK yang masih lagi dilihat sukar untuk mencapai kesepakatan.

Namun Pound pamerkan momentum pengukuhan sejak minggu lalu selepas data ekonomi UK iaitu PMI pembuatan dan perkhidmatan menunjukkan bacaan yang baik untuk bulan Julai.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menutup dagangan di paras ketinggian 1.28000 yang merupakan zon resistance harga yang diuji pada dagangan Jun lalu.

Kenaikan harga diteruskan lagi pada sesi Asia hari ini susulan penyusutan berterusan oleh matawang US dolar dengan kesihatan ekonomi semasa yang semakin tergugat.

Harga telah membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.28000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mac lalu.

Setakat sesi Asia, harga telah naik mencapai paras 1.28580 sebelum pamer penurunan semula sehingga dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Eropah.

Harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga dijangka akan menguji semula paras 1.28000 sebelum menyambung semula kenaikan.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju paras 1.29500 yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.

Namun jika Pound kembali susut nilai dan membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan MA50 serta zon RBS (resistance become support) 1.28000-1.27500, pelabur akan melihat sebagai isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan selanjutnya dijangka akan menuju zon RBS pada sekitar paras harga 1.26600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat