Wall Street Berdarah! Waspada Dengan ‘Tsunami’ Laporan Pendapatan

294

Minggu yang tidak menentu buat pasaran saham Amerika Syarikat susulan terbitan laporan pendapatan korporat suku pertama 2023.

Ini diperlihatkan dengan junaman indeks-indeks utama Wall Street pada hari Selasa, selepas diheret oleh kebimbangan yang tercetus semula mengenai sektor perbankan.

Terdahulu, laporan menyuramkan First Republic Bank melaporkan kehilangan $102 bilion deposit pelanggan dan rekod pinjaman sehingga $92 bilion pada suku pertama.

Impaknya, saham First Republic Bank jatuh mendadak hampir 50% ke paras terendah terbaru.

Ketika ditutup pada sesi New York, Dow Jones Industrial jatuh kira-kira 344 mata, atau 1% kepada 33,530.84. Sementara S&P 500 berakhir 1.6% lebih rendah dan Nasdaq Composite turun hampir 2%.

Walaupun begitu, penerbitan laporan pendapatan syarikat teknologi besar (Big Tech) sedikit memberi sokongan buat niaga hadapan saham AS untuk sedikit meningkat.

Microsoft mencatatkan lonjakan besar dalam pendapatan daripada segmen perniagaan Intelligent Cloud, mendorong sahamnya menokok 8%.

Sementara Alphabet (Google) pula merekodkan hasil yang lebih baik daripada dijangkakan dan melaporkan keuntungan dalam perniagaan cloud-nya buat kali pertama dalam rekod, memacu saham meningkat lebih 2%.

Syarikat pelancongan termasuk Boeing, Hilton Worldwide, Spirit Airlines dan Travel + Leisure dijadualkan menerbitkan hasil pendapatan pada hari Rabu.

Selepas penutupan sesi, tumpuan disasarkan pula kepada laporan Meta Platforms, eBay dan Mattel.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat