Wall Street Ditutup Tinggi Mendorong Peningkatan Saham Asia Pada Awal Pembukaan

51

Indeks saham Asia mengukuh dalam pembukaan sesi dagangan pada hari Selasa setelah saham Wall Street ditutup pada paras tertinggi.

Wall street ditutup pada rekod tertinggi berikutan keyakinan pelabur bahawa pengenalan kadar cukai korporat yang lebih rendah oleh Republikan dilihat akan terealisasi.

Indeks Nikkei 225 Jepun melonjak sedikit sebanyak 0.27% yang didorong sebahagian besarnya oleh peningkatan saham pengeluar kenderaan. Manakala saham teknologi bergerak lebih rendah.

Di Australia, indeks S&P/ASX 200 naik sedikit sebanyak 0.46% didorong oleh peningkatan saham logam dan biji besi.

Di China, Indeks Hang Seng dan Shanghai juga menguat sejajar dengan peningkatan bursa saham Asia yang lain.

Walaubagaimanapun, bursa Malaysia dibuka rendah pada awal sesi dagangan hari ini berikutan aktiviti mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI berada pada 1,744.39, jatuh 10.29% daripada 1,751.64 penutupan hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat