Wall Street Tingkatkan Sentimen Belian, Bursa Dibuka Tinggi

210

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 2.88 mata pada 1,534.10 daripada penutupan Jumaat pada 1,531.22 yang dipacu oleh peningkatan dalam pasaran saham Wall Street yang meningkatkan sentimen belian bagi pasaran ekuiti tempatan.

Indeks dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,531.38.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 189 berbanding 164, manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,712 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 209.22 juta unit bernilai RM103.06 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sentimen di pasaran meluas akan kekal positif manakala KLCI mungkin melanjutkan pembentukan lantunannya dengan pembelian berterusan daripada dana luar.

Tambahnya lagi, para pelabur boleh memberi fokus kepada sektor perbankan, sektor berkaitan pengguna dan hartanah sementara proksi emas mungkin menjangkakan lanjutan kenaikan di tengah harga emas yang mengukuh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 8 sen pada RM8.19, Public Bank Bhd tidak berubah pada RM4.02 dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) meningkat 3 sen pada RM8.34.

Saham aktif memperlihatkan NWP Holdings Bhd dan Dagang NeXchange (DNeX) masing-masing naik 0.5 sen kepada 36 sen dan 84.5 sen sementara Kanger International Bhd kekal pada 3.5 sen.

Saham paling untung ialah Nestlé (Malaysia) Bhd yang meningkat RM1 kepada RM135, Genetec Technology Bhd melonjak 80 sen kepada RM44.30 dan Batu Kawan Bhd menaik 36 sen kepada RM22.18.

Sementara itu, dagangan saham dan waran Yinson Holdings Bhd dihentikan berkuat kuasa mulai 9 pagi Isnin dan disambung semula dari 10 pagi.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 21.90 mata ke 11,350.75, indeks FBMT 100 bertambah 20.53 mata ke 10,987.84, indeks FBM Emas Shariah menaik 27.46 mata pada 12,367.48 manakala FBM ACE menurun 4.75 mata pada 6,973.24 dan FBM 70 melonjak 27.63 mata pada 15,030.17.

Indeks Industrial Products and Services menurun 0.16 mata pada 201.51, indeks Perladangan menokok 19.74 mata pada 6,692.68 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 48.22 mata pada 15,253.93.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat