Warner Bros Discovery & HBO Lancarkan NFT Game of Thrones!

247

Syarikat gergasi hiburan Warner Bros Discovery (WBD) dan HBO memeterai perjanjian bersama platform non-fungible token (NFT) Nifty dalam melancarkan koleksi NFT Game of Thrones berdasarkan siri hit.

Dinyatakan bahawa tarikh pelancaran rasmi masih belum disahkan, namun para peminat dapat bersedia ekoran ia berkemungkinan akan mengeluarkan NFT tersebut pada akhir 2022.

Secara konteks, pembeli NFT tersebut akan merasai pelbagai pengalaman unik seperti membenarkan pembeli membina alam sendiri, mengumpul avatar yang diilhamkan daripada watak siri ini serta mengumpul item “equipable” bagi menguatkan avatar sendiri.

Tambahan itu, ia turut memaparkan detik-detik istimewa, watak dan lokasi Game of Thrones serta aktiviti bertema agar para peminat dapat menikmati suasana tersebut.

Menurut Josh Hackbarth, Ketua Pembangunan Komersial NFT Warner Bros Discovery, koleksi digital ini mampu memberi kelainan kepada peminat untuk berinteraksi bersama cerita dan watak yang disukainya.

Tambahnya lagi, syarikatnya berhasrat mengembangkan keghairan ‘Game of Throne’ melalui koleksi digital susulan ia mampu menarik lebih ramai peminat baharu serta menyelami dunia Westeros.

Difahamkan, antara matlamat utama WBD melaksanakan NFT “Game of Thrones” adalah untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi syarikatnya.

Hal ini berikutan kerana syarikat tersebut pernah mengalami kerugian bersih sebanyak $3.4 juta pada suku lepas dengan mempunyai beban hutang $53 bilion.

Dalam pada itu, kerjasama antara WBD dan Nifty akan membolehkan para peminat francais itu pengalaman berhubung dengan cara yang unik melalui pengeluaran koleksi digital baharu tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat