Warren Buffett Melabur Dalam Syarikat Rakan Kongsi Ripple!

636

“Hmm maksudnya Buffett ni tak ada lah benci sangat dengan kripto kan?”

Sungguhpun Warren Buffett adalah pengkritik kuat kripto, syarikat diasasnya Berkshire Hathaway telah melabur dalam lima syarikat Jepun, salah satunya adalah Sumitomo Corporation yang kebetulannya merupakan rakan kongsi Ripple.

Diperjelaskan lebih terperinci, anak syarikat Sumitomo Corp iaitu Perbadanan Perbankan Sumitomo Mitsui adalah sebahagian Konsortium Bank SBI Ripple Asia.

Perbadanan tersebut telah menyertai konsortium pada Julai 2017, di mana ia memiliki sekitar 9.9% saham SBI berikut dan merupakan pemegang saham luar terbesar Ripple.

Sudah sedia maklum Buffett memang tidak mempercayai kripto, namun beliau tetap berminat untuk melabur dalam syarikat yang terdedah dengan aset digital dan sungguh gembira pelaburan awalnya adalah dalam Sumitomo Corp.

Selain keuntungan diperoleh Buffett semasa pelaburan awalnya, beliau didapati tertarik untuk membeli lagi saham Sumitomo Corp susulan prestasi memberangsangkan yang sentiasa dipaparkan oleh syarikat tersebut.

Walaupun Buffett enggan mendedahkan sama ada beliau yakin dengan Ripple ataupun tidak, Buffett mungkin sudah tahu syarikat kripto itu mempunyai pertempuran undang-undang dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) namun beliau percaya mereka akan menang.

Secara konteks, pertarungan Ripple dengan SEC telah berlangsung sejak Disember 2020 tetapi beberapa peguam dan pakar menjangkakan bahawa syarikat kripto tersebut akan menemui kejayaannya dalam masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat