Kebimbangan pasaran terhadap dagangan matawang pound bertambah setelah keputusan pilihan raya Scotland yang dikeluarkan pada hari Sabtu, berpihak kepada parti SNP, Perdana Menteri Nicola Sturgeon.
Pada sesi Asia, matawang pound didagangkan lebih tinggi di atas harga 1.4000 setelah didorong oleh kejatuhan dagangan US dolar ekoran pekerjaan NFP yang lebih lemah dari dijangkakan.
Namun, para penganalisis menjangkakan matawang pound akan berada di bawah tekanan pada minggu ini susulan kemenangan parti SNP.
Hal ini kerana, kemenangan parti SNP dilihat sebagai risiko bagi Britain. Terdahulu, SNP telah berjanji untuk meminta referendum kemerdekaan kedua Scotland, walaupun keizinan untuk melakukannya perlu diberikan oleh pemerintah UK di London.
Dengan kemenangan majoriti 64 kerusi, PM Sturgeon berjanji untuk mengadakan referendum kemerdekaan setelah berjaya menangani krisis kesihatan Covid-19.
Beliau juga memberitahu bahawa keputusan pilihan raya ini bermakna, tidak ada justifikasi demokratik untuk Perdana Menteri UK, Boris Johson atau orang lain yang berusaha menyekat hak rakyat Scotland untuk memilih masa depan mereka.
PM Johnson dilihat tidak senang hati dengan kemenangan ini dengan mendakwa tindakan referendum tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan melulu.