Wells Fargo Investment Institute Tawarkan Pelaburan Kripto, Sertai JPMorgan Chase

701

Firma pelaburan gergasi, Wells Fargo Investment Institute (WFII) telah mengumumkan penambahan produk pelaburan terbaharu iaitu penawaran aset kripto untuk kliennya yang berminat.

Platform tersebut akan dilancarkan pada sekitar pertengahan Jun, selepas melepasi beberapa proses yang ditetapkan.

Presidennya, Darren Cronk menyifatkan perkembangan pasaran kripto sudah mencapai ‘kematangannya’ dan menjadi sebahagian aset yang boleh dilaburkan.

Sebelum ini, WFII menerusi laporan strategi pelaburan pada 2020 mengaitkan pelaburan kripto hanya bergantung kepada spekulasi berbanding satu pelaburan yang sebenar.

Merujuk kepada nilai pasaran kripto yang pernah berada di paras $2 trilion sebelum menyusut kepada $1.69 ekoran daripada khabar-khabar tidak terduga, Cronk menekankan bahawa pelaburan kripto ada risikonya.

“Bagi pelabur yang berminat dan layak, adalah lebih baik jika dapat pelbagaikan lagi pegangan portfolionya.” jelasnya.

Penawaran kripto ini akan dibuka kepada pelabur yang memiliki pendapatan tahunan lebih $200,00 atau memiliki nilai bersih melebihi $1 juta.

Penyertaan WFII ke dalam sektor ini menjadikan ia firma perbankan terbaru selepas Goldman Sachs, Citi dan Morgan Stanley menunjukkan minat terhadap pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat