Whales Berebut Beli BTC, Adakah Kenaikan Harga Bakal Berlaku?

376

“Harapnya adalah keajaiban, takut pergerakan BTC menghampakan pelabur je nanti.”

Ali Martinez, penganalisis pasaran mata wang kripto terkemuka baru-baru ini mendedahkan bahawa whales Bitcoin (BTC) pada masa ini sedang berpusu-pusu mengumpul sejumlah besar aset digital tersebut.

Dilaporkan juga whales telah bertindak pantas mengumpul 117 BTC dalam tempoh 48 jam lalu, ulas Martinez lagi.

Sejak beberapa hari lalu, harga BTC telah menyaksikan penurunan ketara sehingga $26,600 apabila para pemegang runcit lebih berminat menjual aset digital tersebut secara berterusan berbanding memegangnya dalam jangka panjang.

Bagaimanapun, whales kini tertarik untuk membeli BTC apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) enggan merayu keputusan mahkamah berpihak pada Grayscale Investment yang ingin melakukan penukaran BTC Trust pada produk ETF sepenuhnya.

Rentetan itu, banyak pihak menjangkakan terdapat kebarangkalian 90% bagi spot BTC ETF diluluskan ditambah pula SEC dalam beberapa minggu lagi akan mengadakan perbincangan yang mungkin dapat beri berita positif untuk seluruh pasaran kripto.

Walaupun pembeli runcit menjual pegangannya dalam BTC, whales dilihat bertindak sebaliknya susulan mereka telah membeli banyak BTC dan ini membawa makna mereka boleh menjadi penerima terbesar jika BTC ETF diluluskan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.24% pada paras $27,167 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $530 bilion tetapi tetap mencatatkan penyusutan 2.39% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat