Whales Ethereum Buat Transaksi $24 Juta Selepas 4 Tahun Berdiam Diri!

187

Setelah hampir empat tahun wallet tidak aktif, dua whales didapati secara tiba-tiba memindahkan sejumlah pegangan mata wang kripto kedua terbesarnya Ethereum (ETH) semasa pasaran kripto masih menunjukkan pergerakan bearish.

Jika diperhatikan, para pelabur lebih tertarik apabila 22,982 ETH bernilai $27.2 juta telah dipindahkan ke dua address baharu.

Selain daripada whales, syarikat pemberi pinjaman kripto , Three Arrows Capital (3AC) yang kini sudah muflis turut membuat tindakan serupa dengan memindahkan sejumlah besar ETH pada 19 Disember sementara 2,000 ETH ($2.38 juta) telah dikeluarkan oleh Binance.

Aktiviti pengeluaran berikut dilaporkan berlaku ketika harga kripto berada dalam momentum pemulihan, dimana ETH menyusut lebih 20% mencapai paras sokongannya semula selepas mencapai harga tertinggi pada $1,352.

Terdahulu, ETH telah menyempurnakan peralihan daripada proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS), namun kini mereka menumpukan perhatian pada penyelesaian staking ETH liquid pula selepas peralihan tersebut yang digelar The Merge telah selesai.

Walaupun harga ETH tidak menyaksikan sebarang impak selepas Merge, stETH* telah mendaki sebanyak 127% dalam purata volum dagangannya.

*Versi token dan staking ETH liquid yang dikeluarkan oleh protokol kewangan dan pertaruhan terdesentralisasi Lido

Suka dimaklumkan juga bahawa ETH dijangka akan melonjak tinggi selepas perancangannya untuk tubuhkan hard fork yang digelar “Shanghai” dilancarkan pada Mac 2023 dan diteruskan lagi dengan fasa pengenalan sharding*.

*Teknik pembahagian pangkalan data yang digunakan oleh syarikat blockchain dengan tujuan kebolehskalaan, membolehkan mereka memproses lebih banyak transaksi sesaat

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat