Whales Termasuk BlackRock Tambah Lagi BTC, Harga Sasar $60K Pula?

377

“Fulamak tak main-main eh, memang pantas betul whale nak berebut BTC.”

Sejurus selepas diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), 8 daripada 11 pengeluar spot Bitcoin (BTC) ETF didapati secara kolektif menambah lagi 9,901 BTC pada portfolionya pada 27 Februari 2024.

Menerusi pemerhatian, Blackrock IBIT menambah 2,051 BTC, Fidelity 4,460 BTC, Bitwise BITB 682 BTC, Ark Invest ARKB 2,394 BTC, VanEck HODL 170 BTC dan yang terakhir Franklin Templeton EZBC menambah 145 BTC.

Memang tidak dinafikan spot BTC ETF Invesco Galaxy dan Valkyrie tidak menambahkan sebarang BTC seperti pesaingnya yang lain, tetapi perlu diketahui Grayscale telah menyaksikan satu lagi aliran keluar agak ketara.

GBTC dipimpin oleh Michael Sonnenshein telah merekodkan aliran keluar 921 BTC, jadi di sini dapat dilihat bahawa terdapat penurunan beransur-ansur dalam aliran keluar keseluruhan direkodkan oleh firma GBTC.

Suka dimaklumkan BTC yang makin meningkat menunjukkan whales terus membelinya dan sungguhpun spot BTC ETF mendapat daya tarikan, aktiviti whales itu mampu menarik lebih ramai pelabur terutamanya mereka yang memerhatikan tindakan pelabur terkemuka untuk buat keputusan.

Harga BTC yang sudah berjaya melepasi $57,000 dijangka akan secara beransur-ansur menggunung ke arah $60,000 pula dan mungkin mencapai $70,000 dalam masa singkat sekiranya ramalan semasa berlaku.

Oleh demikian, pelaburan lebih tinggi akan diutamakan dalam menentukan tindakan harga BTC, jadi kemungkinan untuk mempunyai lebih ramai pelabur menyelidiki BTC adalah agak tinggi susulan ramai traders bakal menyertai pasaran kripto disebabkan FOMO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat