Will Smith & Paris Hilton Melabur Dalam Rangkaian Blockchain Boba Network

461

‘Ni Boba blockchain tau, bukan air Boba yang korang selalu minum tu.’

Platform skala blockchain bersandarkan Ethereum, Boba Network berjaya mengumpul US$45 juta dalam siri pelaburan A dengan penyertaan daripada Dreamers VC yang diterajui Will Smith, syarikat M13 milik Paris Hilton dan Carter Reum serta bursa mata wang kripto, Crypto.com.

Siri pelaburan tersebut berjaya menjana pembiayaan sebanyak $1.5 bilion kepada Boba Network dengan bekas pemain bola sepak, Jone Montana serta dana kripto Hypersphere dan Infinite Capital turut membuat pelaburan.

Ringkasan mengenai Boba, ia membenarkan pengguna untuk membangunkan aplikasi desentralisasi pada blockchain Ethereum dengan lebih banyak ciri dan kadar bayaran yang lebih rendah serta membenarkan pemindahan non-fungible token (NFT) merentasi lapisan Ethereum.

Pengasasnya, Alan Chiu berkata syarikat itu merancang untuk menggunakan dana terkumpul untuk mengembangkan penawaran Web3 dan melabur dalam projek yang dibina pada ekosistemnya.

Merujuk kepada CoinMarketCap, permodalan pasaran token kripto Boba Network meningkat 19% pada $272.1 juta selepas pengumunan tersebut sementara harganya naik $1.71 semasa waktu tersebut.

Sementara itu, yuran ‘gas’ Ethereum, iaitu harga pelaksanaan urus niaga telah meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini ekoran populariti pada blockchain.

Oleh kerana itu, firma modal teroka telah membajak wang ke dalam syarikat pemula teknologi blockchain dengan SoftBank’s Vision Fund 2 dan Bain Capital Ventures yang telah melancarkan dana tertumpu kripto atau melabur dalam syarikat teknologi blockhain sejak permulaan 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat