Woof Woof! Dogecoin ‘Menyalak’ Lebih 100%!

258

Mata wang kripto meme terbesar di dunia Dogecoin (DOGE) terus memberi kejutan di hujung minggu apabila berjaya menggunung lebih 110% memecahkan zon rintangan harga pada $0.135.

Lonjakan ini berlaku susulan pembelian Twitter oleh Elon Musk sebanyak $44 bilion dengan data pasaran menyaksikan para pelabur mencairkan sejumlah DOGE sepanjang hari lalu.

Manakala, menyumbang pada liquidation terbesar DOGE adalah apabila 100,990 pelabur mencairkan lebih $261 juta daripada pasaran kripto global dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, pelabur dikatakan telah membuat jangkaan bahawa harga DOGE akan menjunam susulan terdapat pencairan (liquidated) sebanyak $61 bilion dan $33.11 juta adalah daripada liquidated jangka pendek.

Malah, $18 juta DOGE berjaya dipindahkan daripada wallet whales ke pelbagai kripto exchanger dalam tempoh 24 jam lalu dengan rekod transaksi terbesar menyaksikan $100 juta dipindahkan ke Binance.

Secara rekod, harga memecoin tersebut mendaki lebih 25% yang kini berlegar-legar pada paras harga 0.120 ekoran Twitter baru-baru ini mengumumkan akan melancarkan pasaran NFT dalam platform media sosial itu.

Dalam pada itu, volum dagangannya melonjak 207% pada $14.5 bilion yang menjadikan DOGE sebagai top 10 kripto dengan memegang modal pasaran lebih $17 bilion.

Difahamkan bahawa pendakian harga DOGE telah membantu memecoin lain membuat pemulihan harga, yang berkemungkinan akan membawa kepada jangkaan peningkatan harga Shiba Inu (SHIB) pada minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat