World Cup Russia Mampu Menjadi Pemangkin Lonjakan Harga Bitcoin?

604

Piala Dunia Rusia yang akan berlangsung dalam beberapa minggu ini dan dijangka dapat mendorong peningkatan harga Bitcoin.

Sejak beberapa tahun ini sehingga sekarang, pembayaran digital di Rusia agak merisaukan terutama kebelakangan ini dengan syarikat besar seperti Visa dan MasterCard telah menghalang perkhidmatan kredit kad bagi beberapa pengguna bank Rusia. Hal ini adalah akibat sekatan US pada tahun 2014.

Pada tahun lepas Visa dan MasterCard telah disekat dari Fintech, pusat Rusia untuk teknologi kewangan baru berikutan Kremlin sedang mengusahakan sistem pembayaran domestik tersendiri.

Rentetan hal ini menyebabkan beberapa kelompok beralih kepada Bitcoin dan matawang crypto sebagai sistem pembayaran alternatif.

Para pelabur crypto, berpeluang untuk bermalam di hotel yang terletak di bandar Kalinigrad.

Buying Business Travel Russia melaporkan Apartment Malina telah melakukan kerjasama dengan syarikat sistem pembayaran atas talian, Free- Kassa dan hal ini membolehkan pengguna menempah bilik dengan menggunakan matawang crypto. Terdapat 4 perlawanan yang akan diadakan di bandar Kaliningrad iaitu pada Jun 16, 22, 25 and 28.

Selain daripada menikmati perkhdimatan airline dan penginapan, matawang crypto juga ditermia di beberapa resotran dan bar.

Syarikat Free-Kassa juga telah menjalankan kerjasama dengan Petersburg Social Commercial Bank (PSCB) dan hal ini terdapat kemungkinan bahawa Saint Petersburg akan menggunakan sistem pembayaran matawang crypto.

Harga bitcoin kini berada pada paras harga $7,558.19 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat