WOW! Kereta Tesla Kini Boleh Dibeli Guna Bitcoin (BTC), Melonjak Lebih $1,000!

630

Dalam khabar terbaru, firma penghasilan kenderaan elektrik, Tesla akhirnya menerima Bitcoin (BTC) sebagai kaedah pembayaran bagi setiap pembelian produknya.

Pengumuman itu didedahkan sendiri oleh pengasasnya, Elon Musk sebentar tadi menerusi media sosial Twitter.

Figura itu juga memberitahu bitcoin yang diterima tidak akan ditukarkan kepada fiat sebaliknya akan kekal sebagai BTC.

Bagaimanapun, pembelian kenderaan Tesla menggunakan Bitcoin buat masa sekarang terhad dalam Amerika Syarikat (AS) sebelum menfokuskan kepada negara-negara luar.

Susulan daripada pengumuman itu, Bitcoin mencatatkan lonjakan harga lebih $1,000 selepas tweet itu dimuatnaik.

Sebelum ini, Tesla telah membuat pelaburan bernilai $1.5 bilion dalam Bitcoin dan ketika itu timbul spekulasi bahawa firma itu akan menerima BTC sebagai medium pembayaran untuk pembelian produknya.

Harga Bitcoin telah melonjak lebih 700% sejak setahun lalu yang mana kebanyakannya didorong oleh Musk yang pro-bitcoin dan matawang kripto melalui koleksi ciapannya di Twitter.

Ketika penulisan BTC didagangkan pada $56,267, melonjak 4.27% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat