Wow! Tim Cook Kini Dah Jadi Billionaire

359

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook akhirnya menyertai ‘kelab billionaire’, sebaris dengan Jeff Bezos, Bill Gates dan Mark Zuckerberg selepas harga saham firma tersebut terus melonjak naik.

Lapor BBC, Cook memiliki 847,969 saham secara langsung dan memperoleh lebih AS$125 juta sebagai sebahagian daripada pakej gajinya tahun lalu.

Status billionaire Cook diukur berdasarkan saham yang dimiliki oleh beliau dan pampasan yang diterima daripada Apple serta dikira menurut Indeks Billionaire Bloomberg.

Pada 2015, Cook merancang untuk memberikan sebahagian kekayaannya dan telah mendermakan jutaan dolar saham Apple.

Berdasarkan undang-undang cukai Amerika Syarikat (AS) dan California, Cook bakal membayar cukai pendapatan sebanyak lebih 50%.

Cook terlibat dalam pembangunan beberapa peranti Apple seperti iPhone X dan Apple Watch selain perkhidmatan baharu seperti Apple Music.

Apple dilaporkan bakal menjadi syarikat pertama yang mencecah nilai pasaran modal sebanyak AS$2 trilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat