Wuhan Kena Siasat Lagi?

389

Pasukan saintis antarabangsa yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia tiba hari ini di bandar Wuhan di China untuk menjalankan penyiasatan berkenaan asal-usul wabak coronavirus yang merebak di seluruh dunia.

Sebelum ini, Amerika Syarikat, yang telah mendakwa bahawa China menyembunyikan sesuatu berhubung wabak berkenaan setahun yang lalu, telah meminta agar penyelidikan yang dipimpin oleh WHO dijalankan.

Setelah selesai menjalani kuarantin, pasukan tersebut akan menghabiskan tempoh 2 minggu untuk menemu ramah orang awam dari institusi penyelidikan, hospital dan pasar makanan laut di Wuhan di mana patogen baru itu dipercayai muncul.

Sementara itu, China telah mendedahkan melalui media pemerintah bahawa virus itu ada di luar negeri sebelum ditemukan di Wuhan, dengan mengemukakan bahawa terdapat virus pada bungkusan makanan beku yang diimport dan kertas ilmiah yang berasal dari Eropah pada tahun 2019.

Menurut pakar kecemasan utama WHO, Mike Ryan, siasatan tersebut dijalankan adalah untuk mencari jawapan dan bukannya mencari kesalahan sesiapa.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat