Yen Diniagakan Lemah, USD/JPY Berjaya Kekalkan Kenaikan

372

Pegawai rundingan tahap tinggi di antara dua negara ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat dan China telah berbincang pada hujung minggu lalu dan menggambarkan perbincangan tersebut sebagai konstruktif.

Sentimen pasaran optimis namun pelabur kekal waspada dengan melihatkan penurunan pada dagangan Yen dan juga emas.

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross memberikan kenyataan yang optimis berhubung perkembangan rundingan, namun Presiden Donald Trump belum memberi kata putus untuk pembatalan tarif.

Dagangan dolar USD lebih mengukuh berbanding matawang Yen Jepun dengan kenaikan ditunjukkan pada carta pasangan matawang USD/JPY pada permulaan dagangan minggu ini.

Kenaikan yang ditunjukkan harga pada sesi pasaran Eropah hari ini, menyambung momentum kenaikan harga pada dagangan minggu lalu dari paras terendah pada zon RBS (resistance become support) sekitar 108.300 yang dicatatkan pada Khamis.

Pada Jumaat pula, harga meneruskan kenaikan melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan harga bakal berubah arah untuk menuju paras lebih tinggi.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga meneruskan kenaikan menguji paras tumpuan pada 109.00 yang berada pada zon SBR (support become resistance) pada carta USD/JPY.

Jika kenaikan lebih tinggi diteruskan harga, zon SBR pada sekitar 109.200 dijangka akan menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula resistance pada paras ketinggian 109.500 yang gagal ditembusi harga pada dagangan dua minggu lalu.

Namun sekiranya harga kembali pantul bergerak menurun semula, zon harga sekitar 108.700 dan 108.600 akan cuba ditembusi sebelum harga menuju semula pada zon RBS 108.300 minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat