US dolar melanjutkan corak penyusutan di awal minggu selepas pasaran menghadam laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan pada Jumaat lalu.
Keseluruhan bacaan pada komponen data yang merosot telah mencetuskan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi global, menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal melonggarkan dasar monetari dengan agresif pada September.
US dolar yang mengalami penyusutan pada dagangan sesi terakhir minggu lalu dilihat terus melemah pada Isnin semalam.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD meneruskan trend bullish semalam selepas perubahan arah harga itu dipaparkan pada penghujung minggu lalu.
Harga yang telah melonjak melepasi zon 1.09000 meneruskan kenaikan semalam mencapai sasaran pada 1.1000.
Paras ketinggian terbaru itu menjadi rintangan menyaksikan harga berundur turun semula di sekitar 1.09500 pada penutup sesi New York.
Harga kekal perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan jangkaan kecenderungan harga untuk meneruskan lagi pergerakan bullishnya.
Jika kenaikan berjaya melepasi rintangan pada 1.10000, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.
Sasaran untuk kenaikan diteruskan adalah menuju pula sekitar 1.11000 yang merupakan paras rintangan diuji pada Disember 2023 lalu.
Namun jika harga menunjukkan penurunan semula, zon 1.09000 dilihat bakal diuji sebagai sokongan dan jika tembus ke bawah akan menandakan isyarat awal untuk perubahan trend berlaku.
Penurunan yang dilanjutkan akan menjangkakan paras sekitar 1.08000 bakal dicecah semula setelah menjadi tumpuan sepanjang dagangan minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG