Gergasi kripto, Bitcoin melonjak tinggi apabila Donald Trump meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden AS dan mewujudkan aliran ‘sempurna’ untuk ia terus meroket dalam beberapa minggu akan datang.
Bitcoin mencecah paras tertinggi dengan meningkat melebihi $75,000 diiringi dengan beberapa mata wang kripto yang lain juga.
Dogecoin, kripto berasaskan meme kegemaran Elon Musk meraih spekulasi yang tinggi buat kalangan pelabur wang digital itu.
Kini, tumpuan tinggi diberikan kepada keputusan Fed AS pada minggu ini dalam menetapkan hala tuju dasar monetari seterusnya dan penganalisis pasaran semakin yakin harga Bitcoin mampu melonjak ke paras $100,000 pada tahun hadapan.
Sebelum ini, pasaran kripto alami kenaikan semasa pentadbiran pertama Donald Trump semasa menjadi presiden 2016 hingga 2020 disebabkan oleh mata wang USD melemah berbanding hari ini.
Kebanyakkan pemerhati pasaran Bitcoin dan kripto menunjukkan data pilihan yang mencadangkan terdapat 15% peluang harga bitcoin mencapai $100,000 pada awal tahun 2025.
Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar akan berlaku pembetulan harga pada minggu ini berikutan keyakinan pelabur menarik keuntungan selepas pilihan raya tamat.
Buat masa ini, pasaran kripto masih lagi diterajui tinggi oleh Dogecoin dan Bitcoin yang menjadi kegemaran Elon Musk apabila beliau meluluskan pembayaran untuk produk syarikat Tesla dan SpaceX.