Apa itu Forex ?

2,008

Apa itu forex ?

Forex ialah foreign exchange. Singkatannya adalah FOREX. Apa pula forex trading? Forex trading adalah “aktiviti perniagaan” tukar beli matawang. Maksudnya kita “berdagang” matawang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Situasi mudah faham. Katakan ke money changer, hari ini anda pergi tukar harga adalah RM4.40 untuk USD1.00, anda perlukan RM440 untuk tukar dengan USD100. Dan katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Jadi di sini jika anda pergi tukar USD100 anda, anda akan untung kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. RM20 keuntungan tersebut.

Tetapi dalam zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja. Ada platform trading, dimana anda boleh lihat harga naik dan turun matawang. Caranya, perlu masukkan duit sebagai modal. Ada button “BUY” dan “SELL”. Jadi gunakan modal anda itu untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk jana keuntungan.

Forex trading ini dikendalikan secara online. Anda hanya perlukan komputer dan talian internet untuk trade forex.  Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari, iaitu bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

Jika anda seorang yang bekerja dan pergi kerja pagi pukul 8, balik pukul 5 pun anda masih mempunyai masa untuk lakukan aktiviti trading pada malamnya. Begitu juga jika anda seorang pekerja shift, pasaran forex di buka 24 jam sehari, anda jangan risau, bila-bila masa sahaja anda boleh trade forex.

P/s: Forex boleh buat duit? Boleh jana income tepi? Sudah tentu boleh. Saya akan update lebih info lanjut. Bagi yang taknak terlepas, sila KLIK SINI dan subscribe Tips-Tips PERCUMA dari INTRADAY!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat